CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 10, 2011

MAT LUTHFI


Salam semua..sebenarnye ana xtau gak nak post ape kali ni..huhu nak dijadikan story..semalam na gi umah kawan ana,nadia name ye...dye tunjukk r kat ana video mat luthfi ea..kat skul ana kire mamat ni bley tahan gak r dye punyer glamour...cute gak r sposen due...huhu tapi pape pun yang nak ana oyaknyer ana suke tengok dyer punyer video...so dengan suke cita tanpa dukanyer ana nak share ngan semua..huhu enjoy it.....







Tuesday, June 7, 2011

KAULAH BIDADARI...


KU BERTANYA PADA BULAN...

SIAPAKAH ITU BIDADARI?

BULAN MENYURUHKU MEMBUKA HATI DAN TERUS 

MENCARI...

TIADA KUTEMU DAN TERUS KUMENANTI...

DETIK DEMI DETIK...

SAAT DEMI SAAT...

TETAP TIADA KUTEMUI...DAN...

SAAT AKU INGIN BERLARI...

KAU DATANG MENYINARI...

KAU BIDADARI..

DIHANTAR OLEH RABBI...

BAHAGIA KU SAAT KAU DI SISI...

p/s;Huhu...honestly sajak ni bukan ana yang cipta...ni hasil ciplak..hehe ada KAWAN ana yang bagi...rase macam bez je...so enjoy it!

Monday, June 6, 2011

I LOVE THIS SONG SO MUCH!!



Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Lagu : Manis Helma
Lirik : Manis Alia & Atie

ZIKIR DIPERSENDAKAN GADIS-GADIS BERTUDUNG...


ni lagi satu hal bebudak zaman sekarang..semua benda nak dijadikan mainan...sampai tahap zikir pun nak dijadikan dikir barat??? boleh sahabat2 sekalian bayangkan betapa mereka semua ni tak menghormati Islam..tak menghormati Rasulullah dan yang paling penting tiada rasa takut pada Allah...sedih ana tengok video ni...inilah yang dinamakan islam hanya pada nama...islam hanya pada penampilan tapi hati?? entah ke maner diorang campak harga diri diorang sebagai seorang islam....astagfirullahalazim!! nauzubillahiminzalik...

NAMA ISTERI RASULULLAH DIPERMAINKAN...ALLAHUAKBAR!!



Allahuakbar! maner2 sahabat ana yang tengok video ni moga dapat ambik iktibar...sedarlah semua bahawa umat akhir zaman ini sudah kecundang dari landasan keimanan....nama junjungan besar seenak bin sesedapnye dipermainkan...masyallah!! duhai hafizul quran...kamu semualah kini yang menjadi harapan serta tunggak agama islam untuk bangkit pertahankan dini Allah ini..

Saturday, June 4, 2011

BIDADARI SYURGA



PETIKLAH BUNGA ITU WAHAI KUMBANG SAKTI..

Bunga mekar di taman larangan
elok kelopaknya..elok harumnya
dijaga rapi Sang Penjaga
dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu
Lantas! siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi
kau datang merampas langkahnya
kau datang menghalang cintanya
Ya!
kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta
masakan kamu tidak ketahui?
cintanya milik Raja Segala Cinta!
kamu tahu itu? kamu sedar itu?
bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu
merampas dan merosakkan cintanya pada si Dia??

kau datang membawa sejuta janji
kau datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang..
Dia itu bunga
di sentuh oleh tangan asing,layulah dia
dibuai cerita angksa melangit,terbanglah dia


Jangan kau gantung dia tidak bertali
jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti
bunga itu tidak perlu tersungkur
petiklah dia
secepatnya..
Lekas! jangan sampai bunga itu hilang seri
saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya buana ini
bukankah itu ajaran Rasul kita?
bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
dari kamu berterus-terusan 
menghentakkan kaki, ego tiada bertepi
lekaslahhhh...
petik bunga itu
dan berlarilah kamu di syurga nanti



Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
cinta mana yang harus ku sumpah menjadi racun?
cinta yang membuatkan bunga  dan kumbang
tenggelam di alam fantasi

siramkan air dan bajai
Mentari! pancarkan cahaya!

sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah di tetapkan
jangan ambil racun berbisa
andai taman  syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petiklah dia
mohon petunjuk Raja Segala Cinta
minta restu dua orang tua
dan aku mendoakan sentiasa

Bukan aku memaksa..
tapi aku terpaksa
sampai bila harus kau biarkan
bunga itu terkulai layu di situ?
Dia perlukan jawapan
petiklah dia secepat yang kau mampu kumbang...
andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

Andai kamu kumbang sakti itu........
buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu.

Allah akan mempermudahkan segalanya..
janji Allah itu pasti!!

SEKADAR LUAHAN RASA...


Salam sume yang mengenali diri ini...huhuhu rase sdih plak bler

tengok gambar nie...akhowat waliyyunhamim posing

same2.....huhuhu agak-agak r kan..taun depan or yang akn

datang..ada x ag ek ksempatan cmni..??

sedih bler trbyang akhir taun nanti ktorang terpisah n bwak hala tuju

masing2...hmmm..n agak2.. pas kluar skolah..fesyen bertdung lbuh

ni mlekat x ag r kt kpale ktorang..?tu yg ana tkutkan sgat..tkot lau

batch ktorang ni pun akan terpengaruh ngan dunia luar..ye r...iman

ada trun naeknyer...tapi insyallah..ana yakin n percye ngan akhowat

ni sumer...moga2 Allah kuatkan keimanan kami n teguhkan rase

kehambaan kami slagi kami diberi pluang untuk trus meniti di muka

bumi...huhu...buat akhowat waliyyunhamim...SARA SAYANG

KORANG SANGAT2!!!! 




































NASIHAT BAGINDA KEPADA SAIDANA ALI

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…

MUTIARA KATA KELUARGA BAHAGIA

Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.
Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.
Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.
Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.
Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.
Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.
Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.
Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.
Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.
Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.
Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.
Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.
Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka
Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.
Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.