CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 14, 2011

CINTA UNTUK SELAMANYA

 EPISOD 1

“Isya!!!”
Aku tersedar daripada lenaku apabila terdengar jeritan Balqis. Ah,bahuku lenguh kerana tidur di atas sofa semalaman. Leherku juga terasa sakit namun aku cuba tahankan dan segera mendekati Balqis yang bangkit secara mengejut daripada komanya. Balqis adalah tunangku namun pernikahan kami terpaksa di tunda kerana dia menghidapi kanser.
“Alhamdulillah…enti telah sedar. Sudah empat hari enti tak sedarkan diri.”
“Akhy…mana Isya??” tiba-tiba Balqis menyoalku. Aku cuma tersenyum .
“ Isya dalam perjalanan ke sini. Mungkin sebentar lagi dia sampai. Jangan risau, enti rehatlah dulu ye.” jawabku. Aku faham benar dengan Balqis. Pasti dia merindui Isya, adikku yang merupakan sahabat karibnya. Kadang-kadang aku amat cemburukan keakraban mereka yang memang langsung tidak dapat dipisahkan.
Aku hairan. Balqis tiba-tiba sahaja menangis. Oh tuhan,ingin sekali aku mengusap air matanya namun kumasih tahu akan batasku yang masih bukan mahramnya.
“Mengapa Balqis?”
Balqis tidak menjawab pertanyaanku. Alat bantuan pernafasan diletakkan ke sisi dan wayar-wayar yang melekat pada tubuhnya direntap kuat.
“ Masyallah…Balqis! Jangan buat macam ni.” aku tidak berdaya menghalangnya.
“ Ana nak jumpa Isya!” katanya perlahan dan cuba untuk turun dari katilnya. Wajah Balqis sangat pucat.
“Balqis…Isya akan sampai nanti. Akhy sudah menelefon dia tadi.” kataku yang cuba memujuk. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan kehadiran adik bongsuku,Irsyad.
“Kak Balqis…Abang Aman…Kak Isya kemalangan!” kata Irsyad. Balqis terus terduduk . kaget dengan apa yang kami baru ketahui.
“ Kak Isya kat mana sekarang?” soalku.
“ Kat tingkat lima…cepat Abang Aman! Keadaan Kak Isya dah teruk.”
Sekali lagi jantungku bagai berhenti berdegup. Tanpa sempat aku berkata apa-apa, Balqis terlebih dahulu berlari mengekori Irsyad. Keadaan yang agak sesak di hadapan lif memaksa kami untuk menaiki tangga. Ya Allah, aku benar-benar bimbang akan keadaan Balqis yang masih terlalu lemah.
“ Balqis terus menerjah masuk ke dalam wad kecemasan tanpa pedulikan larangan doctor dan jururawat. Sebaik sahaja melihat kelibat Isya,Balqis terus memeluknya yang masih terlantar di atas katil. Sayu aku melihat keadaan ini. Aku cuba untuk meminta kebenaran daripada doctor agar Balqis boleh menemani Isya walau untuk beberapa minit.
“Balqis…Isya tak mahu Balqis tinggalkan Isya. Isya sengaja mencelakakan diri…Isya nak pergi bersama-sama Balqis.” Isya menangis semahunya. Aku mengerti akan hati Isya. Setelah kami mengetahui tentang penyakit yang di hidapi Balqis,dia menjadi murung secara mendadak.
“Astagfirullahalazim…Isya…Allah telah mentakdirkan yang ana akan mengidap penyakit ini dan akan menghadap-Nya tak lama lagi. Kita tak boleh melawan apa yang sudah tertulis untuk kita sejak azali.” balas Balqis. Aku mula menyedari wajah kedua-dua sudah tidak bermaya. Mereka mula sesak nafas. Aku cuba untuk memanggil doctor namun Isya segera menarik tanganku seolah-olah menghalang aku keluar dari bilik itu. Kedu-duanya sempat tersenyum hambar padaku.
Balqis memakaikan alat bantuan pernafasan untuk Isya dan menyeka air mata adikku. Balqis mengucapkan dua kalimah syahadah pada telinga Isya dan Isya mengikutinya satu-persatu.Tiba-tiba, tubuh lesu Balqis jatuh longlai dan mujurlah aku sempat menyambutnya.
“Balqis…Balqis!!” aku memanggilnya beberapa kali namun hampa. Pada saat itu juga, aku terdengar suatu bunyi yang terus menggelapkan duniaku.
Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttt.
Aku menoleh ke arah Isya. Jasadnya juga kaku di atas katil. Aku memandang Irsyad dan tanpa aku sedari air mataku laju mengalir. Kedu-dua bidadari hidupku telah pergi meninggalkanku untuk menyambut seruan cinta-Mu…buat selamanya.
Ya Allah…meskipun Engkau telah menjemput Isya dan aku tidak berkesempatan untuk memiliki Balqis namun aku yakin cinta-Mu akan tetap bersama-sama medu-due gadis solehah ini…innalillahiwainnalilaihirojiun….    


0 comments:

Post a Comment