CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 4, 2011

SELAMAT BERJUANG DUHAI JUNDULLAH DAN JUNDIYATULLAH SPM 2011



                                                                                  

Perhatian..!!Perhatian..!!
kepada pejuang-pejuang SPM..
inilah tanggal keramat..
' 11 November 2011 '
lengkapkan peralatan perang..!!
bersiap-siagalah untuk berjuang..!!
bersedialah untuk berhadapan dengan musuh kita..!!
Sudahkah anda bersedia??
usah gentar..
usah  gusar..
jangan undurkan langkah anda!!
bersabarlah..!!
setapak sahaja lagi semuanya akan berakhir..
kuatkan semangat..
kuatkan tekad..
kuatkan iltizam..

Ya Khalik..
bantulah kami..
permudahkanlah urusan kami..
tenangkanlah jiwa hati..
lapangkanlah fikrah kami supaya mudah untuk ilmu-Mu mengalir melaluinya..
hadiahkanlah kami keputusan yang terbaik..
anugerahkanlah kami kesudahan yang membanggakan..
berikanlah kami kesempatan untuk merasai nikmatnya berjaya di medan pertempuran ilmu..
kurniakanlah kami keizinan untuk membuatkan ainun alwalidaina mengalirkan airmata kegembiraan..
hanya kepada-Mu kami memohon..
kerna hanya diri-Mu yang bisa menentukan segala-galanya..
perkenankanlah doa kami..
Amin Ya Rabb..

Wahai pejuang-pejuang sekalian..
sasaran kita cuma satu..
REDHA ALLAH..
tanpa redha-Nya tiada artinya kejayaan..
DOA!!
itulah senjata mukmin..
USAHA!!
itulah pembuka jalan kejayaan..
TAWAKAL!!
itulah  penutup lembaran usaha..
serahkan segala-galanya kepada pengatur alam semesta,Allah swt..
redha dengan ketentuan-Nya..
yakin dengan caturan-Nya..
moga-moga di penghujung usaha ini..
kita dipertemukan dengan kejayaan beserta rakan karibnya,kecemerlangan..
Amin..

0 comments:

Post a Comment