CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 4, 2011

TIDAKLAH SAMA ANTARA WANITA MUSLIMAH DAN WANITA KAFIR


Wahai saudariku....

Ada satu kenyataan yang akan membuatmu bahagia bila engkau melihatnya iaitu perbezaan yang nyata antara kehidupan seorang muslimah di negara - negara Islam dan kehidupan seorang wanita kafir di negara-negara kafir.

Di negara-negara Islam, para wanitanya beriman, suka menderma, rajin puasa, selalu memakai hijab, taat pada suaminya, takut kepada ALLAH, ramah terhadap tetangganya dan sayang kepada anak-anaknya. Alangkah bahagianya mereka kerana pahala yang besar, ketenteraman, dan keredhaan ALLAH senantiasa menyertai mereka.

Sedangkan di negara kafir, para wanitanya gemar mempertontonkan kecantikan di depan umum dan berperilaku jahiliah dengan mempamerkan tubuhnya seperti barang-barang murahan yang dijajakan di kaki lima, walhal, mereka tiada lagi harganya, tiada memiliki kehormatan dan jug a tidak beragama.

Bandingkan 2 fenomena tersebut, engkau akan melihat bahawa dirimu itu lebih bahagia, lebih mulia dan lebih tinggi martabatmu. Segala puji bagi ALLAH yg berfirman :

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yg beriman." (QS. ALI 'IMRAN : 139)

sumber : "menjadi wanita paling bahagia".....
n_n.

WANITA DI BAWAH NAUNGAN SYURGA



Ukhti, saudari muslimah, Allah telah memuliakanmu dengan Islam dan telah melapangkan dadamu dengan iman serta telah memberimu hak-hak dan kewajiban yang belum pernah diperoleh oleh seorang wanita pada umat manapun sebelumnya. Hak-hak dan kewajiban yang tiada bandingannya di dunia kemanusiaan itu memberimu segala hak untuk bangga dengan keislamanmu dan berpegang teguh dengan ajaran-ajarannya yang merupakan jalan yang dapat mengantarmu menuju kebahagiaan di dunia dan akhiratmu.
Agar anda bisa secara sempurna mengetahui keistimewaan-keistimewaan luar biasa yang diberikan oleh agama suci ini kepadamu, maka anda harus melakukan studi yang mendalam terhadap ajaran-ajarannya, agar anda mempunyai pandangan jelas dan kepuasan bahwa agama suci yang abadi ini (Islam) telah memberikan kepadamu hal-hal yang sangat banyak sekali. Dari sini niscaya anda mengetahui dengan sempurna bahwa apa yang dilakukan oleh sebagian wanita muslimah dan wanita-wanita yang terpengaruh dengan kebudayaan asing (non Islam), seperti propaganda “berikanlah kepada kaum wanita hak-haknya”, itu sebenarnya hanyalah tindakan yang tidak dipelajari, yang berlindung dibalik seruan yang tidak ada hubungannya sama sekali dengan kondisi wanita di bawah naungan Islam.
Saudariku, wanita muslimah. Anda hidup di bawah naungan agama Islam yang mencakup seluruh aspek kehidupan secara terhormat dan dimuliakan, diliputi oleh rasa iman kepada Allah dan anda dilindungi oleh ajaran Dinul Islam, agama penutup semua agama dengan penuh perhatian dan perlindungan. Anda di bawah naungan Dinul Islam ini harus mempunyai kepribadian yang unggul daripada wanita-wanita non Islam lainnya. Melalui komitmen anda terhadap perintah-perintah Allah, anda akan memberikan gambar atau sosok wanita muslimah yang shalihah, dan melalui keluhuran budi pekerti serta akhlakmu anda telah memberikan contoh dan teladan dalam kebersihan diri, kemuliaan dan kesucian kehormatan. Ketika anda berbudi luhur dan berakhlak mulia seperti itu maka anda berarti telah memberikan kesan yang benar tentang akhlak mulia, kehormatan yang suci dan akal yang sehat yang dikehendaki oleh Dinul Islam bagi perempuan.
Saudariku wanita muslimah, Jangan anda terpedaya dengan keindahan dunia fana ini, karena akan membuat anda lupa akan akhir dari kehidupan. Jangan sekali-kali anda ter-perangkap di dalam taklid dan kebudayaan yang datang dari luar, karena akan membuat anda terseret ke jalan yang sebenarnya tidak anda kehendaki. Kenalilah hal-hal apa saja yang berguna bagi dirimu dan hal-hal apa yang dapat merugikanmu, waspadalah selalu, ambilah pelajaran dari perempuan yang tidak menganut nilai-nilai agama dan moral. Jangan sekali-kali anda meniru-niru dan bertaklid kepada wanita yang tidak mempunyai ikatan aqidah atau akhlak dengan anda. Tanamkanlah selalu bahwa semakin anda komitmen kepada ajaran agama maka anda berada di atas yang hak dan orang lain di atas yang batil. Tetaplah anda bersabar di saat orang-orang yang menyimpang mengkritik anda, karena pertarungan antara yang hak dan yang batil, antara yang baik dengan yang buruk dan antara orang-orang yang cinta kebaikan dengan orang-orang yang cinta keburukan itu tetap masih berkecamuk, dan tetap akan berkecamuk selagi masih ada langit dan bumi ini.
Saudariku wanita muslimah, dengan keistiqamahan dan bimbingan baik anda, anda mampu mempersembahkan generasi yang shalih kepada masyarakat, generasi yang tahu akan kewajibannya kepada Allah sang Pencipta, mengenal peranannya di mana ia hidup. Hanya andalah yang mampu menjadikan rumah anda sebagai madrasah tempat anak-anak anda belajar kebaikan dan kearifan. Maka upayakanlah semaksimal mungkin untuk membangun generasi di atas pondasi-pondasi yang kokoh, pondasi keutamaan dan moral luhur. Jangan sekali-kali anda serahkan anak anda kepada wanita pendidik non muslim atau memasukkannya ke sekolah non Islam, karena dengan begitu, sengaja atau tidak dengan sengaja anda berarti telah memberikan konstribusi dalam mengarahkan anak anda kepada agama selain agamanya dan aqidah selain aqidahnya. Aku berlinding kepada Allah agar anda tidak menjadi penyebab menyimpangnya anak-anak anda dari agama Allah, satu-satunya agama yang diridhai-Nya.
Yakinlah bahwa setiap harapan dan cita-cita yang menjadi khayalan anda, sedangkan anda menyerahkan sesuatu yang termahal yang anda miliki (anak) kepada orang-orang kafir untuk menangani pendidikan dan pengajaran mereka, itu tidak akan terwujud, dan pada akhirnya anda nanti akan menemukan anak-anak yang secara pemikiran dan secara psikologis tidak mempunyai keterikatan dengan anda, dengan ayahnya dan dengan aqidah anda. Mereka hanya mempunyai ikatan dengan orang-orang yang telah mengasuh, mendidik dan memberikan mereka pengajaran; dan mereka akan hidup bersama anda dengan jalan fikiran yang sangat jauh dari jalan pemikiran anda, dan bersebrangan dengan pandangan hidup yang anda miliki, serta tradisi yang berbeda dengan tradisi yang anda jalankan. Kemudian tidak terlintas di dalam fikiran anda seseorang atau yayasan non Islam yang dapat melakukan pendidikan anak muslim berdasarkan prinsip-prinsip pendidikan Islam.
...petikan RKI

Friday, January 14, 2011

CINTA UNTUK SELAMANYA

 EPISOD 1

“Isya!!!”
Aku tersedar daripada lenaku apabila terdengar jeritan Balqis. Ah,bahuku lenguh kerana tidur di atas sofa semalaman. Leherku juga terasa sakit namun aku cuba tahankan dan segera mendekati Balqis yang bangkit secara mengejut daripada komanya. Balqis adalah tunangku namun pernikahan kami terpaksa di tunda kerana dia menghidapi kanser.
“Alhamdulillah…enti telah sedar. Sudah empat hari enti tak sedarkan diri.”
“Akhy…mana Isya??” tiba-tiba Balqis menyoalku. Aku cuma tersenyum .
“ Isya dalam perjalanan ke sini. Mungkin sebentar lagi dia sampai. Jangan risau, enti rehatlah dulu ye.” jawabku. Aku faham benar dengan Balqis. Pasti dia merindui Isya, adikku yang merupakan sahabat karibnya. Kadang-kadang aku amat cemburukan keakraban mereka yang memang langsung tidak dapat dipisahkan.
Aku hairan. Balqis tiba-tiba sahaja menangis. Oh tuhan,ingin sekali aku mengusap air matanya namun kumasih tahu akan batasku yang masih bukan mahramnya.
“Mengapa Balqis?”
Balqis tidak menjawab pertanyaanku. Alat bantuan pernafasan diletakkan ke sisi dan wayar-wayar yang melekat pada tubuhnya direntap kuat.
“ Masyallah…Balqis! Jangan buat macam ni.” aku tidak berdaya menghalangnya.
“ Ana nak jumpa Isya!” katanya perlahan dan cuba untuk turun dari katilnya. Wajah Balqis sangat pucat.
“Balqis…Isya akan sampai nanti. Akhy sudah menelefon dia tadi.” kataku yang cuba memujuk. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan kehadiran adik bongsuku,Irsyad.
“Kak Balqis…Abang Aman…Kak Isya kemalangan!” kata Irsyad. Balqis terus terduduk . kaget dengan apa yang kami baru ketahui.
“ Kak Isya kat mana sekarang?” soalku.
“ Kat tingkat lima…cepat Abang Aman! Keadaan Kak Isya dah teruk.”
Sekali lagi jantungku bagai berhenti berdegup. Tanpa sempat aku berkata apa-apa, Balqis terlebih dahulu berlari mengekori Irsyad. Keadaan yang agak sesak di hadapan lif memaksa kami untuk menaiki tangga. Ya Allah, aku benar-benar bimbang akan keadaan Balqis yang masih terlalu lemah.
“ Balqis terus menerjah masuk ke dalam wad kecemasan tanpa pedulikan larangan doctor dan jururawat. Sebaik sahaja melihat kelibat Isya,Balqis terus memeluknya yang masih terlantar di atas katil. Sayu aku melihat keadaan ini. Aku cuba untuk meminta kebenaran daripada doctor agar Balqis boleh menemani Isya walau untuk beberapa minit.
“Balqis…Isya tak mahu Balqis tinggalkan Isya. Isya sengaja mencelakakan diri…Isya nak pergi bersama-sama Balqis.” Isya menangis semahunya. Aku mengerti akan hati Isya. Setelah kami mengetahui tentang penyakit yang di hidapi Balqis,dia menjadi murung secara mendadak.
“Astagfirullahalazim…Isya…Allah telah mentakdirkan yang ana akan mengidap penyakit ini dan akan menghadap-Nya tak lama lagi. Kita tak boleh melawan apa yang sudah tertulis untuk kita sejak azali.” balas Balqis. Aku mula menyedari wajah kedua-dua sudah tidak bermaya. Mereka mula sesak nafas. Aku cuba untuk memanggil doctor namun Isya segera menarik tanganku seolah-olah menghalang aku keluar dari bilik itu. Kedu-duanya sempat tersenyum hambar padaku.
Balqis memakaikan alat bantuan pernafasan untuk Isya dan menyeka air mata adikku. Balqis mengucapkan dua kalimah syahadah pada telinga Isya dan Isya mengikutinya satu-persatu.Tiba-tiba, tubuh lesu Balqis jatuh longlai dan mujurlah aku sempat menyambutnya.
“Balqis…Balqis!!” aku memanggilnya beberapa kali namun hampa. Pada saat itu juga, aku terdengar suatu bunyi yang terus menggelapkan duniaku.
Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttt.
Aku menoleh ke arah Isya. Jasadnya juga kaku di atas katil. Aku memandang Irsyad dan tanpa aku sedari air mataku laju mengalir. Kedu-dua bidadari hidupku telah pergi meninggalkanku untuk menyambut seruan cinta-Mu…buat selamanya.
Ya Allah…meskipun Engkau telah menjemput Isya dan aku tidak berkesempatan untuk memiliki Balqis namun aku yakin cinta-Mu akan tetap bersama-sama medu-due gadis solehah ini…innalillahiwainnalilaihirojiun….