CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 13, 2012

DARI SINERGI..


Manusia kata cinta itu buta
aku melihat kebutaan itu daripada dendam yang gila
cinta kalau dikawal..
mampu membuah bahagia
tetapi dendam...walau dikawal
hanya membawa ke neraka melainkan
dihilangkan seluruhnya dari jiwa manusia


Kebenaran dan kebatilan
dua makhluk yang akan sentiasa berbalahan
medan tempurnya adalah jiwa insan
yang tempat akhirnya nanti
di hadapan Tuhan...



 Ku bina hubungan kita atas keimanan
aku cintakanmu kerana Tuhan
maka kau daripada diriku
kulebihkan
walau itu menuntut pengorbanan...

P/S:saje er amk kata2 nie...ase cam bez je..hehe..so anggap la kata2 ni dituju khas untuk semua yang bacer blog ni..klau nak bnyak agi..rajin2 kan diri gie kedai beli novel sinergi ea..karya HILAL ASYRAF..

Thursday, January 12, 2012

TITIPAN DOA BUAT AKU DAN DIA..


Ya Allah...
seandainya telah Engkau catatkan
dia milikku..tercipta untukku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titiplah kebahgiaan antara kami
agar kemesraan itu abadi
Ya Allah..Ya Khalid..
seiringkanlah kami melayari hidup
ketepian yang sejahtera & abadi
tapi..Ya Qayyum..
YA Rabbi yang maha mengetahui hati ini
seandainya Engkau telah takdirkan
dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekekcewaan
serta..
berikanlah diri ini kekuatan untuk melontar
bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agar aku tetap bahagia
meskipun bukan bersama dirinya..

 dan ya Allah..yang tercinta
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah yang telah patah
walau tak sama dengan dirinya
Ya 'Alim..Ya Aziz..
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
untukku adalah yang terbaik
meskipun sedikit menyakitkanku
namun pasrahkanlah aku
keraba Engkau Maha Mengetahui
apa yang terbaik buat hamba-Mu
Ya Allah..
cukuplah Engkau sahaja yang menjadi
pemeliharaku di dunia & akhirat
dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendiri di dunia ini
mahupun di akhirat kelak
juga jangan Engkau menjuruskan aku
ke arah kemaksiatan & kemungkaran
maka Engkau kurniakanlah aku
pasangan yang beriman
agar aku dan dirinya
dapat bersama-sama membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah kami
keturunan yang soleh & solehaha
Amin Yarabbal Alamin...

Wednesday, January 11, 2012

UNTITLED 2


TIADA YANG LEBIH MENGGEMBIRAKAN DAKU

SELAIN DARIPADA BERSAMAMU

BERSAMA MENIKMATI SAAT-SAAT INDAH

KITA BERSAMA..SUKA SENTIASA

ROBBI..ZAT ILAHI

ENGKAU TAHU..APA YANG TERBUKU DI DASAR HATI INI

AKU TAK PASTI..APA MUNGKIN

KULAYAK BERSAMANYA

APA MUNGKIN..KUBISA MEMBAHAGIAKANNYA

KERNA AKU..HANYA HAMBA

KEPADA PENGUASA

KEPADA-MU..AKU MEMINTA

JADIKANLAH DIA..MILIKKU

SELAMANYA

p/s: sajak untitled ni bukan ana yang reka..someone special wrote it for me..i juz glad if i can share it with you all..ane la tau ade yang nk amik buat rujukan..hahaha..