CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 14, 2011

CINTA UNTUK SELAMANYA

 EPISOD 1

“Isya!!!”
Aku tersedar daripada lenaku apabila terdengar jeritan Balqis. Ah,bahuku lenguh kerana tidur di atas sofa semalaman. Leherku juga terasa sakit namun aku cuba tahankan dan segera mendekati Balqis yang bangkit secara mengejut daripada komanya. Balqis adalah tunangku namun pernikahan kami terpaksa di tunda kerana dia menghidapi kanser.
“Alhamdulillah…enti telah sedar. Sudah empat hari enti tak sedarkan diri.”
“Akhy…mana Isya??” tiba-tiba Balqis menyoalku. Aku cuma tersenyum .
“ Isya dalam perjalanan ke sini. Mungkin sebentar lagi dia sampai. Jangan risau, enti rehatlah dulu ye.” jawabku. Aku faham benar dengan Balqis. Pasti dia merindui Isya, adikku yang merupakan sahabat karibnya. Kadang-kadang aku amat cemburukan keakraban mereka yang memang langsung tidak dapat dipisahkan.
Aku hairan. Balqis tiba-tiba sahaja menangis. Oh tuhan,ingin sekali aku mengusap air matanya namun kumasih tahu akan batasku yang masih bukan mahramnya.
“Mengapa Balqis?”
Balqis tidak menjawab pertanyaanku. Alat bantuan pernafasan diletakkan ke sisi dan wayar-wayar yang melekat pada tubuhnya direntap kuat.
“ Masyallah…Balqis! Jangan buat macam ni.” aku tidak berdaya menghalangnya.
“ Ana nak jumpa Isya!” katanya perlahan dan cuba untuk turun dari katilnya. Wajah Balqis sangat pucat.
“Balqis…Isya akan sampai nanti. Akhy sudah menelefon dia tadi.” kataku yang cuba memujuk. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan kehadiran adik bongsuku,Irsyad.
“Kak Balqis…Abang Aman…Kak Isya kemalangan!” kata Irsyad. Balqis terus terduduk . kaget dengan apa yang kami baru ketahui.
“ Kak Isya kat mana sekarang?” soalku.
“ Kat tingkat lima…cepat Abang Aman! Keadaan Kak Isya dah teruk.”
Sekali lagi jantungku bagai berhenti berdegup. Tanpa sempat aku berkata apa-apa, Balqis terlebih dahulu berlari mengekori Irsyad. Keadaan yang agak sesak di hadapan lif memaksa kami untuk menaiki tangga. Ya Allah, aku benar-benar bimbang akan keadaan Balqis yang masih terlalu lemah.
“ Balqis terus menerjah masuk ke dalam wad kecemasan tanpa pedulikan larangan doctor dan jururawat. Sebaik sahaja melihat kelibat Isya,Balqis terus memeluknya yang masih terlantar di atas katil. Sayu aku melihat keadaan ini. Aku cuba untuk meminta kebenaran daripada doctor agar Balqis boleh menemani Isya walau untuk beberapa minit.
“Balqis…Isya tak mahu Balqis tinggalkan Isya. Isya sengaja mencelakakan diri…Isya nak pergi bersama-sama Balqis.” Isya menangis semahunya. Aku mengerti akan hati Isya. Setelah kami mengetahui tentang penyakit yang di hidapi Balqis,dia menjadi murung secara mendadak.
“Astagfirullahalazim…Isya…Allah telah mentakdirkan yang ana akan mengidap penyakit ini dan akan menghadap-Nya tak lama lagi. Kita tak boleh melawan apa yang sudah tertulis untuk kita sejak azali.” balas Balqis. Aku mula menyedari wajah kedua-dua sudah tidak bermaya. Mereka mula sesak nafas. Aku cuba untuk memanggil doctor namun Isya segera menarik tanganku seolah-olah menghalang aku keluar dari bilik itu. Kedu-duanya sempat tersenyum hambar padaku.
Balqis memakaikan alat bantuan pernafasan untuk Isya dan menyeka air mata adikku. Balqis mengucapkan dua kalimah syahadah pada telinga Isya dan Isya mengikutinya satu-persatu.Tiba-tiba, tubuh lesu Balqis jatuh longlai dan mujurlah aku sempat menyambutnya.
“Balqis…Balqis!!” aku memanggilnya beberapa kali namun hampa. Pada saat itu juga, aku terdengar suatu bunyi yang terus menggelapkan duniaku.
Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttt.
Aku menoleh ke arah Isya. Jasadnya juga kaku di atas katil. Aku memandang Irsyad dan tanpa aku sedari air mataku laju mengalir. Kedu-dua bidadari hidupku telah pergi meninggalkanku untuk menyambut seruan cinta-Mu…buat selamanya.
Ya Allah…meskipun Engkau telah menjemput Isya dan aku tidak berkesempatan untuk memiliki Balqis namun aku yakin cinta-Mu akan tetap bersama-sama medu-due gadis solehah ini…innalillahiwainnalilaihirojiun….    


Thursday, December 30, 2010

CINTA SI BIDADARI 2

                Aku kini sudah pun menjejakkan kaki ke menara gading ketika berada di tingkatan empat dan lima,aku tidak mensia-siakan masa yang aku ada dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Walaubagaimanapun,aku tidak dapat menafikan bahawa hatiku tetap sunyi dan kosong. Cinta agung dari Ilahi memang sudah mendapat tempat di hatiku namun aku tetap seorang gadis biasa yang masih mempunyai sisa cinta yang menanti kehadiran dirinya. Memerhatikan dirinya dari jauh ketika di SMAKAKA dahulu memang membahagiakan aku.
Walaupun begitu, perasaan yang hadir tetap aku pendamkan kerana bagiku cukuplah Allah sahaja yang mengetahui bicara sanubari ini. 
              
               Aku menyusuri dua tahun alam persekolahan tanpa dirinya. Tanpa mengetahui khabar tentangnya. Tanpa mengetahui keadaannya. Sihatkah dia? Sudah berjayakah dia? Dapatkah dia mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang jurutera petrokimia? Aku tersenyum sendiri. Itulah impiannya sejak dahulu. Aku fikir, paling kurang sekarang dia sudah mempunyai calon isteri.
            
               Entahlah,apa yang aku tahu dia kini sedang menuntut di universiti dalam negara. Ah,terlalu banyak universiti di sini! Sukar untuk aku mengetahui keberadaannya. Astagfirullahalazim! Aku harus sedar dari lamunanku. Aku harus belajar untuk melupakan dia kerana kini aku sudah bergelar tunanagn orang. Aku tidak mengenali tunangku itu kerana kami belum pernah dipertemukan. Dia hanya ingin melihat aku setelah aku sah bergelar isterinya. Aneh,tunang sendiri tidak kukenal. Aku hanya mampu bersetuju dengan rancangan kedua orang tuaku yang benar-benar menginginkan pernikahan ini. Mereka bersungguh-sungguh meyakinkan bahawa tunangku itu seorang yang soleh jadi aku tiada alasan untuk menolaknya.
           
                Suatu hari, aku dan 15 orang rakan terlibat dengan satu pogram dakwah yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa. Setelah berakhir pogram tersebut, aku dan yang lain bersolat Zohor di musolla. Seusai solat, aku bergegas ingin ke bilik air namun langkahku terhenti saat mendengar suara yang membaca wirid dari sebalik tabir. Masyallah! Dadaku berombak. Ya Allah,benarkah itu suara dia? Itu adalah suara lelaki yang yang selama ini namanya tercatat di hati aku.

                Setelah itu, aku dan yang lain keluar dari musolla. Ternyata tekaan aku benar. Saat itulah aku bertembung mata dengannya namun aku pasti dia tidak mengenaliku kerana aku kini berniqab. Aku terus mengalihkan pandanganku dan melangkah pergi. Ya Allah,aku tidak mahu cinta ini terus bersemi. Aku tidak mahu mengkhianati bakal suamiku. Tapi,aku tetap bersyukur kerana Allah telah menemukan aku dan dirinya..terima kasih ya Allah.
             
               13 September, tarikh aku akan bergelar seorang isteri. Satu hari yang amat aku tidak mahu tempuhi. Aku belum cukup bersedia untuk melupakan dia dan menerima bakal suamiku. Muka surat akhir surah Al-Hasyr bacaannya masih terngiang-ngiang di telingaku. Aku dibawa keluar dari bilik apabila ibu memberitahu bahawa pengantin lelaki telah tiba. Aku hanya tertunduk. Aku tidak mahu menangis! Aku tidak mahu suamiku nanti melihat aku dalam keadaan berlinangan air mata. Aku melihat jemariku yang berinai. Bersedialah untuk mencium tangan bakal suamimu nanti.
          
                  Jiwaku bergetar hebat saat aku melihat wajah bakal suamiku yang lengkap berbaju melayu putih serta bersampin. Bermimpikah aku? Ya Allah!! Subhanallah! Dialah lelaki itu. Lelaki yang selama ini aku dambakan. Aku sah menjadi isterinya hanya dengan sekali lafaz. Aku masih terasa semua ini bagai sebuah mimpi. Dia memimpin aku ke bilik dan kami duduk di atas katil yang dihiasi bunga-bungaan. Terasa indah malam itu namun aku tetap tidak dapat membuang perasaan gementarku bila berhadapan dengan cinta halalku. Tiba-tiba suamiku bersuara.
        
             “ Bismillahirrahmanirrahim…abang tahu kita belum saling mengenali tapi izinkan abang untuk mengucup dahi Aisya.” kata-katanya benar-benar menggongcang hatiku. Aku bimbang. Apakah reaksinya nanti? Perlahan-lahan,dia membuka niqabku dan pada saat itu jugalah terpancul ucapan syukur dari bibirnya. Dia terus memelukku seeratnya.
        
               “Abang benar-benar tak sangka,Wirdatul Aisya yang abang nikahi hari ini adalah bidadari yang abang dambakan. Aisyalah satu-satunya gadis yang pernah terpahat di hati abang.” bisiknya di telingaku.
Aku bagaikan hilang kata-kata. Air mataku jatuh berlinangan. Maha Suci Allah. Selama ini aku berserah kepada-Mu dan kini Engkau telah kurniakan apa yang aku damba. Engkau telah memberikanku peluang untuk menikmati cinta daripada insan yang selama ini aku nantikan.
      
              “Abang jatuh cinta pada Aisya saat kali pertama kita bertemu di hadapan kelas 3 Intelek,Aisya masih ingatkan?”Tambahnya lagi. Aku pantas mengangguk dengan air mata yang masih berlinangan. Peristiwa itu tidak pernah aku lupakan walau buat sedetik kerana itulah kali pertama aku berbicara dengannya.

               Alhamdulillah. Seribu kesyukuran aku panjatkan buat-Mu ya Rabbi. Engkau tetap akan menjadi penghulu cinta bagi hamba-Mu ini namun izinkanlah aku untuk mencintai suamiku setelah cintaku pada-Mu dan Rasul-Mu.Alhamdulillah... Alhamdulillah… Alhamdulillah…

ANTARA DUA CINTA

CINTA…

APA YANG ADA DENGAN CINTA??

MENGAPA RAMAI YANG TERUS TENGGELAM DALAM CINTA??

MASIH ADAKAN INSAN YANG TIDAK MEMERLUKAN CINTA??

CINTA! CINTA! CINTA!

APAKAH SEBENARNYA CINTA?

CINTA…SESUATU YANG ABSTRAK…HALUS…

TAK MUDAH DILIHAT DENGAN MATA KASAR…

TAK MUDAH DINILAI AKAN KESUCIANNYA..

TAK MUDAH UNTUK MELENYAPKAN RASA CINTA…

SUDAH SERING KUDENGAR…

CINTA ITU FITRAH

YA,MEMANG CINTA ITU FITRAH!!

TIADA SIAPA YANG DAPAT MENAFIKANNYA…

NAMUN…MENGAPA TIDAK KITA GUNAKAN FITRAH CINTA KURNIAAN TUHAN..

UNTUK MENCINTAI-NYA??

MENGAPA KITA SERING MEMILIH CINTA MANUSIA

SEBELUM MENDAPATKAN CINTA ILAHI??

LEBIH AGUNGKAH CINTA MANUSIA?

LEBIH INDAHKAH?

ATAU LEBIH MEMBAHAGIAKAN?

MUNGKIN YA…

BAGI MEREKA YANG TIDAK MENGENAL DAN TIDAK PERCAYA

AKAN CINTA SANG PENCIPTA…

CINTA YANG KEKAL ABADI DAN TIADA PENGGANTI…