CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 20, 2012

PERINGATAN UNTUK SEMUA

ehem...ehem...hari ni aku nak share ngan korang...something yang...hmm..boleh dijadikan pengajaran..memandangkan ramai kawan2 imtiaz aku yang sambung blaja kat U sane...hehe...aku tau..diorang memang boleh jage hafazan diorang...tapi..xsalah kan kalau aku nak peringatkan?? yeah..peringatan untuk diri aku jugak la....yang ingatan Quran xseberapa ni...hehe.....



HUKUM MELUPAKAN HAFAZAN AL-QURAN


Al-Quran merupakan mukjizat Allah S.W.T yang paling agung dan mulia yang diturunkan sebagai wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril. Ketahuilah bahawa, menghafaz kalamullah yang berprofil tinggi itu merupakan keutamaan rabbani yang datang dari Allah Taala. Kebanyakan para huffaz pada masa kini memandang enteng dan sering mengambil mudah pada hafalan-hafalan mereka dan mungkin saja ada di antara para huffaz ini tidak berusaha untuk mentakrir kembali. Mari kita sama-sama mengkaji dengan lebih mendalam  tentang apakah hukum serta dalil-dalil berkaitan dengan golongan seperti mereka ini.
            Kebanyakan ulamak berpendapat bahawa hukum bagi seorang hafiz yang melupakan ayat hafalannya  adalah berdosa besar. Mereka bersepakat menyatakan sedemikian kerana bersandarkan pada hadith yang diterbitkan oleh Abu Daud.
Bahawasanya, Baginda S.A.W pernah bersabda yang membawa maksud :

"عرضت علي ذنوب امتي فلم ار ذنبا اعظم من سورة من القران- او- اية  اوتيها رجل ثم نسيها"                "Aku nampak dosa-dosa umatku, namun tidak kulihat satu dosa yang lebih besar daripada satu surah Al-Quran atau satu ayat yang dihafal oleh seseorang kemudian dilupakan”
Haditah Riwayat Tirmidzi
            Ayat di atas sebenarnya merupakan tafsir daripada terjemahan surah Thoha,ayat 124-126 dalam kitab tafsir Quran Al-Azim. Lihatlah betapa besarnya dosa bagi mereka yang meninggalkan ayat-ayat Quran yang telah dihafal. Namun begitu, turut dinyatakan bahawa golongan hafiz yang melupakan hafalan tetapi dia memahami dan melaksanakan tujuan serta isi kandungan Al-Quran bukanlah termasuk dalam golongan yang mendapat ancaman daripada ayat di atas tetapi terancam dari sudut lainnya.
           
Seterusnya, terdapat juga segelintir ulamak yang bersandar pada sebuah hadith Nabi yang membawa maksud:

قل رسول الله صلى الله عليه وسلم: "ما من امرئ يقراء القران ثم ينساه الا لقي الله عز وجل اجزم"
“ Tiada siapa pun yang membaca Al-Quran kemudian melupakannya kecuali ia akan bertemu dengan Allah di hari kiamat dalam keadaan kerdil.”
Hadith Riwayat Abu Daud.
          
  Hadith di atas merupakan sebuah hadith yang dhoif, namun ia tetap boleh dijadikan sebagai sandaran untuk menegaskan bahawa betapa kerdilnya seseorang yang telah menghafaz kalamullah tetapi melupakannya ketika dirinya berhadapan dengan Allah pada hari kiamat kelak. Nauzubillah!
            Jika dilihat secara zahirnya, kebiasaannya para huffaz yang terdiri daripada golongan remaja ini lazimnya akan mengatakan bahawa “ Aku lupa ayat ini.” jika mereka bermasalah untuk mentakrir ayat hafazan. Namun begitu,ketahuilah bahawa makruh hukumnya menyatakan demikian kepada orang lain secara jelas. Hal ini dipetik daripada hadith Nabi S.A.W yang bermaksud:

“ Janganlah seseorang daripada kamu berkata, aku lupa ayat begini dan begini,tetapi ia adalah sesuatu yang dilupakan.”
Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim.
        
    Maksud ‘ia adalah sesuatu yang dilupakan’ itu adalah untuk menyedarkan kita bahawa sesungguhnya ingatan kita ini adalah milik Allah dan merupakan hak-Nya secara mutlak. Allah berkuasa untuk memberi atau menarik kembali nikmat ingatan yang hanya pinjaman buat manusia ini. Justeru, haruslah kita sentiasa bertawakal dan juga berusaha agar ayat-ayat cinta dari Allah ini tidak terus luput dari ingatan.
            Sememangnya manusia ini diciptakan dengan sifat pelupa namun itu bukanlah sesuatu yang boleh kita jadikan sebagai alasan  tidak mengulangkaji untuk mengingat kembali apa yang telah dihafaz. Allah Taala sendiri telah memberikan peringatan demi peringatan dalam kalam-Nya yang bermaksud:

كذلك نقص عليك من انباءما قد سبق وقد ءاتينك من لدنا ذكرا. من اعرص عنه فاءنه يحمل يوم القيمة وزرا
“ Dan sesungguhnya kami telah berikan kepadamu dari sisi kami suatu peringatan (Al-Quran). Barangsiapa yang berpaling daripada Al-Quran maka sesungguhnya ia akan memikul dosa yang besar di hari kiamat.”
Surah Thoha:99-100

ومن اعرض عن ذكرى فاءن له معيشة ضنكا ونحشره يوم القيمة اعمى. قال رب لم حشرتنى اعمى وقد كنت بصيرا. قال كذلك اتتك ء
ا يتنا فنسيتها وكذ لك اليوم تنسى.
“ Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanku,maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat nanti dalam keadaan buta. Berkatalah ia,’Ya Tuhanku,mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal dahulunya aku dapat melihat?’ Allah berfirman ‘ demikianlah telah datang kepada kamu ayat-ayat kami maka kamu melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu telah dilupakan.”
Surah Thoha:124-126
           
 Juga dalam riwayat Mawquf ada menyebut tentang peringatan yang bermaksud:

ما من احد تعلم القران ثم نسيه الا بذنب احدثه  و لاءن الله يقول "وما اصابكم من مصيبة فبما كسبة ايديكم"
“ Tiada seorang pun yang mempelajari Al-Quran kemudian melupakannya kecuali ditimpa dosa kerana Allah ada berfirman: ‘Tiadalah musibah yang menimpa kamu kecuali dengan sebab tangan-tangan kamu sendiri’ dan mereka menambah: ‘Tiada musibah yang paling besar selain  daripada melupakan Al-Quran.”

            Secara zahirnya,ayat tersebut menyatakan peringatan tentang berpaling dari Al-Quran, berpaling kerana melupakannya serta tidak mengambil endah padanya. Sesungguhnya, Rasulullah S.A.W pernah mengatakan bahawa, Al-Quran ini umpama seekor unta yang liar. Jika tidak diikat atau tidak kuat ikatannya,unta tersebut pasti akan lari dan terus pergi. Jadi, haruslah seorang hafiz itu memastikan bahawa ayat-ayat Allah yang telah dihafal itu terjaga dengan baik supaya tidak luput dari hati dan ingatan.
           
Seterusnya, terdapat juga sabda Nabi yang bermaksud:

Tidak aku nampak dosa yang lebih besar dari dosa penghafaz Quran kemudian meninggalkannya.”

            Dalam perihal melupakan Al-Quran ini, para ulamak telah membahagikan kepada dua iaitu melupakan Al-Quran adalah dosa besar manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa melupakan Al-Quran adalah bermaksud melupakannya dengan tidak mengamalkan Al-Quran.

Wahai hamalatul Quran sekalian, sememangnya orang-orang yang menghafaz kalam Allah ini merupakan pemegang amanah Allah yang paling besar tanggungjawabnya. Hal ini yang menyebabkan pada hari kiamat kelak, Allah akan menyeksa mereka yang hafiz terlebih dahulu sebelum orang-orang fasik atau alim ke dalam neraka Jahannam. Justeru, janganlah menjadi hafiz dan hafizah yang hanya pada nama tetapi tidak pada hati dan imannya. Ukirlah kalamullah itu di minda seperti ukiran di batu-batu dan janganlah mengukir di permukaan air kerana ia pasti akan hilang.
            Sesungguhnya Al-Quran dan As-Sunnah itu adalah panduan  serta pedoman dalam kehidupan seharian kita yang tidak boleh diabaikan sampai bila-bila.


nie assignment aku beno ea...haha...tapi xkisah la...hopefully dapat bagi manfaat untuk sape2 yang bace ea...thanks for lending me your eye..n brain to read the post...hehe..renung2kan dan...selamat beramal...

0 comments:

Post a Comment